Monday 26 September 2011

Ceciter..ceciter...('',)

Hai...lame rase tak update blog nie..Berhabuk dah sampai..Hari nie rase hari yg sgt sesuai untuk mengupdate blog sebabnye BOS OUTSTATION so lehla jadikan hari cuti umum saya dari bekerja..leh gitu? hihihi..takde ape pun nak cite sbnrnye.juz simple2 jek.biaselah bulan syawal ujung2 nie.open house pun dah tak banyak sangat..hihi.so makan free pun dah kureng:p. saya sebenarnye excited nak menunggu hari jumaat nie (30/9/2011) ..kenape erk..suprise..:p kalo nak tau kene tunggu update blog yang seterusnya.. clue nye saya mau menenangkan diri dan mengabiskan duit yg tak banyak mane pong di tempat orang:p lalalala...
Camne la nak cari duit lebey erk.  saya ni duit tak banyak. tapi asik nak berjalan jek kejenye. lame2 duit simpanan pong abis.. kate orang sebelum kawin nie jalanla puas2 selagi anda bergelar bujang/anak dara, nnti dah kawin family come first. kalo dapat suami yg memang kaki jalan, bahagiala hidup saya.  kalo tak dapat..huhuhu..bahagia jugak.leh simpan duit untuk perancangan anak2 kan.wah gitu..cite pasal kawin pulak.kelas ko maria!!!!:p
Lagi berapa hari jek nak melangkah ke bulan 10.  cepat jerk masa berlalu kan.  Bulan 10 nanti dah kene jadi pelajar balik. Norhuda Hassan dislike this!!!...uhukhuk. dahla pointer jatuh berdebuk:(  Bak kate mak, mane tak jatuh asik berdating jek kejenye..ish3x..dating efect pointer ke mak..mungkin juga. so dari sekarang elakkan berdating, Jom berdating sambil belajar.  boleh ke??? hihi..i try my best la untuk sem 4 nie. dah la ada ekonomi lagi ditambah ngn akaun.uwaaaaaa:( botakla paler saya, nanti jadi  cam rambut anak buah saya..jambul kat depan jek.hehehe <marah ibu dia kalo bace nie>..
Sampai sini jerkla sy membebel yerk. blog ni ibarat diari bg saye.sume saya curahkan disini selagi tidak menganggu hak cipta sesiapa. walaupun takde orang bace. yang penting sy rase sangat hebat dan kagum dgn ape yg saya taip. ade aku kisah???hehehe. Biasalah mesti kene ada pantun sebagai penutup blog saya. Nah amek pantun poyo di bawah:-
Pulau Sentosa di Singapura,
Pulau Langkawi di Malaysia,
Nantikan update blog yg seterusnya,
Nak share byk benda dgn korang semua.
-adios, sekian wsalam..('',) -

Wednesday 7 September 2011

Motivasi Perempuan.

Perempuan. Tahukah kamu bahawa kamu itu sangat mahal?
Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling saya sayangi di atas dunia ini adalah perempuan.
Percaya? Saya bukan nak main gula-gula di sini. Tetapi saya serius menyatakannya. Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling saya sayangi di atas dunai ini adalah perempuan.
Mengapa?
Jika yang lelaki bertanya, saya mungkin memahami. Tetapi perempuan, jika kamu yang bertanya, maka saya kehairanan.
Apakah kamu tidak tahu megapa saya sayangi kamu? Adakah kamu tidak menyedari betapa istimewanya kamu?
Aku dari rahim seorang perempuan
Kalau difikirkan semula, tiada lelaki yang dilahirkan selain dari rahim ibu melainkan Nabi Adam AS. Perhatikanlah Sultan, pemerintah, perdana menteri, laksmana, tentera, pegawai, jurutera, doktor, doktor falsafah, genius, semuanya dilahirkan dari perut seorang perempuan.
Saya, dari rahim seorang perempuan juga.
Tiada manusia dilahirkan hebat. Mereka semua dilahirkan sebagai manusia biasa. Tetapi biasanya manusia-manusia hebat ini mempunyai ibu yang hebat di sisi mereka. Yang mendidik dan memberikan suasana kepada mereka semenjak kecil.
Mengapa pula saya tidak menyayangi perempuan? Mengapa pula saya tidak mengambil berat terhadap mereka? Dari rahim mereka lahirnya pewaris masa hadapan!
Sekiranya saya membiarkan perempuan rosak, dirosakkan, merosakkan diri mereka, maka sama sahaja dengan saya membiarkan masa hadapan dunia hancur, gelap, kelam dan hitam.
Jangan lupa, dari rahim perempuan juga lahirnya penderhaka, penjenayah, perogol, pencuri, yang ingkar kepada Allah, pembohong, dan banyak lagi manusia-manusia yang mencorakkan dunia dengan kehitaman. Hatta Ariel Sharon juga lahir dari perut seorang perempuan.
Sekiranya perempuan yang menggendong masa hadapan dunia selama 9 bulan 9 hari ini rosak, di mana masa hadapan dunia?
Mustahil saya tidak menyayangi perempuan. Maka tiadalah harapan yang saya inginkan, melainkan perempuan juga menyayangi diri mereka dan menjaga peribadi mereka daripada perkara yang Allah larang dan murka.
Perempuan sayap kiriku
Saya hendak berkahwin dengan siapa? Mustahil dengan lelaki. Baik macam mana pun saya dengan Hafiz Zainol Abidin, Tengku Fahmi, mustahil saya akan berkahwin dengan mereka.
Saya akan berkahwin dengan seorang perempuan.
Mustahil saya tidak menyayangi kaum ini. Yang menjadi isteri-isteri dan pendamping kepada lelaki. Yang menjadi pengawal kepada segala rahsia seorang lelaki. Yang menjadi guru kepada anak-anak seorang lelaki. Yang menjadi penenang dan penyejuk mata serta pendamai jiwa seorang lelaki.
Kestabilan seorang perempuan, menjamin kestabilan seorang lelaki.
“Apabila enta bangun tidur dan melihat isteri enta di sebelah, enta akan merasakan keajaiban penciptaan Allah SWT” ~ Pakcik Rosdi. Dan dia berkata dalam keadaan tersenyum. Hidupnya bahagia dengan ketenangan isterinya: Cikgu Maimunah binti Hashim.
Maka mustahil saya hendak membiarkan perempuan rosak, dirosakkan atau merosakkan diri mereka sendiri. Kerana mereka adalah penjaga-penjaga lelaki di satu sisi. Suami-suami memerlukan isteri-isteri yang solehah, yang baik, yang taat kepada Allah dalam rangka hendak membangunkan ummah. Tidak dinafikan isteri-isteri juga memerlukan suami-suami yang baik. Tetapi bukan sedikit lelaki yang berubah kerana cinta seorang perempuan. Maka mengapa perempuan tidak mempersiapkan diri mereka lebih sedikit untuk mengubah seorang lelaki dengan cinta?
MasyaAllah.
Saya amat menyayangi perempuan. Maka tiadalah harapan saya melainkan perempuan menyayangi diri mereka sendiri. Menjaga diri dari kerosakan. Menjaga diri dari kemungkaran. Mempersiapkan diri menjadi hamba Allah yang taat. Buat apa yang disuruh, meninggalkan apa yang dilarang.
Maka amat menyedihkan saya jika…
Bila sayang, akan datang ambil berat. Semestinya demikian. Saya amat hairan kalau seseorang itu menyatakan sayang kepada si fulan: “Aku sayang sangat dengan kau” kemudian dia melemparkan si fulan itu ke dalam api. Mustahil itu adalah sayang.
Maka kerana sayang itu jugalah saya akan terluka apabila melihat perempuan-perempuan berkeliaran tanpa menutup aurat. Kerana sayang itu jugalah saya akan tercedera apabila melihat ada perempuan-perempuan tidak menjaga maruah mereka dan berpeleseran dengan lelaki tanpa segan silu. Kerana sayang itu jugalah saya akan terasa apabila melihat perempuan-perempuan menayangkan akhlak buruk mereka. Kerana sayang itu jugalah saya akan tercucuk dengan perempuan yang tiada rasa malu pada diri mereka.
Kalaulah perempuan tahu bahawa mereka memegang nasib dunia. Mereka bakal ibu dan isteri. Ibu kepada anak dan isteri kepada suami. Nyatakan kepada saya bagaimana mereka ini tidak memberikan kesan kepada dunia? Semestinya mereka ini memberikan kesan. Dan kesan yang diberikan oleh kamu wahai perempuan, bukannya sedikit bahkan besar.
Sudah wujud di dalam sejarah, kerajaan hebat jatuh kerana seorang perempuan. Sudah wujud di dalam sejarah, abid hebat jatuh kerana seorang perempuan.
Sebab itu saya sangat menyayangi perempuan dan sering memikirkan mereka.
Apakah perempuan-perempuan memikirkan diri mereka sendiri?
Penutup: Jika sayang ini tidak berbalas, tidak mengapa. Tetapi…
Jika sayang ini tidak berbalas, tidak mengapa. Bukan tujuan saya menulis artikel ini untuk disayangi perempuan. Tetapi tujuan saya menulis artikel ini untuk perempuan menyayangi diri mereka sendiri.
Maksud sayang pada saya adalah = Hendak masuk syurga bersamanya.
Maka kalau tak nak masuk syurga dengan saya, at least kamu kena lah rasa hendak masuk syurga dengan diri kamu wahai perempuan. Maka jagalah diri, persiapkan peribadi. Kamu pemegang masa hadapan dunia. Dan tiada yang memberikan kesan lebih besar terhadap dunia selain kamu wahai perempuan.
Kalaulah kamu tahu betapa sejuknya mata ini melihat perempuan-perempuan yang berakhlak. Kalaulah kamu tahu betapa senangnya jiwa ini melihat perempuan-perempuan yang pemalu. Kalaulah kamu tahu betapa seronoknya kalbu ini melihat perempuan-perempuan yang menutup aurat. Kalaulah kamu tahu betapa tenangnya diri ini melihat perempuan-perempuan yang menjaga batas pergaulan.
Wahai perempuan, tidakkah kamu memandang diri kamu berharga?
Maka jangan murahkan.
Siapkan dirimu untuk menggoncang masa hadapan dengan keimanan dan ketaatan.
Bukan dengan kehancuran dan kerosakan.
Sungguh, saya merayu di sini. Agar kamu mencintai diri sendiri.

Kredit untuk blog Langit Ilahi

Wednesday 24 August 2011

LOKASI SPEEDTRAP DI SEMENANJUNG MALAYSIA. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

PLUS Arah Utara (Dari KL):

1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

PLUS Arah Selatan:


1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak
  PLUS Tengah:

1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE

1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara

KESAS

1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom

ELITE (Dari arah KLIA)


1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ


JALAN PERSEKUTUAN


1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)

8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)

9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)

10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)

11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)

12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)

13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai

14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)

15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)

16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)

17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)

18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas

19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang

20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju

21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras
   
 

MANA MAK??? Ingatlah orang tersayang walau siapa pun diri anda...

Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.


Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"



Ateh  menjawab, “Entah.”



Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.


Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik.



Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.



Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nom
bor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"



Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.



Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.  



Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.



Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.



Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham.



Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."



Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.



Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.



Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.



Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.



Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu.



Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat."



Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.



Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah,
“Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak
.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.


Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.



Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.



Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.



Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "



Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."



"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..



Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"    



Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa
. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?
 

Monday 22 August 2011

Pantun raya versi miszsunshine ('',)

Pergi kerja naek kereta,
Myvi biru jadi pilihan,
Hari raya hampir tiba,
Marilah kita bermaaf-maafan.

Baju raya sudah dibeli,
Handbag raya termasuk sekali,
Bawak kereta berhati-hati,
Pulang ke kampung berjumpa famili

Bonus tahun nie separuh gaji,
Trimas  kerajaan yg bermurah hati
Tgk duit, 'eh tinggal separuh je nie'
Takpe stok maggie berkati-kati:p

Duit raya dah nak kene bagi,
Untuk anak buah dgn anak2 orang sekali,
Aduiii, pokai la aku kali nie,
Takper anggap jela amal bakti..

Untuk famili yang kucintai,
Anak mu akan pulang beraya sekali,
Maaf dipinta jika  terguris hati
Sesungguhnya diri ini xberniat untuk melukai
(jiwang lak:p)

Untuk kawan2 yg kenal diri ini,
Ampun  maaf dipinta iklas dari hati
Tak baek bermusuh waktu raya camnie
Semoga kite same-same diberkati

Sampai sini je miszsunshine berpantun,
Pantun memantun nie memang hobi 
Misz mintak diri dengan gaya supan santun,
Lepas raya insyallah kite jumpe lagi






















Wednesday 27 April 2011

Money or love? which one is more important...

      Belog huda 2 dh boleh goreng cicah ngn smbal tempoyak pn sodapppp... hahaha lame beno die peram...(hehehehe....kata2 sorang membe i)..kadang2 bukan taknak update tpi takde idea...tapi arini tibe2 ade idea ditambah dgn komen pedas kawan i tadi,  bersemangat lak nak update blog arini:p..


     Sepanjang bulan april ni macam2 terjadi in my life..as usual after semester break, i masuk balik kelas utk meneruskan perjuangan bergelar pelajar luar kampus..hahaha..banyak dugaan btl blaja ni sebenarnye..dari sudut kewangan, mental, emosi..dan macam2 lagi..tapi itu semua dugaan yg mesti ditempuhi utk berjaya..ye tak??? hoho...

     Mase i facebook tadi, i borakla ngn  sorang kawan i yg bakal bergelar cikgu bi tak lame lagi ni..tibe2 i teringat assignment public speaking i..sebnarnye tengah tercari2 nak wat tajuk ape..so bile kiteorg chitchat n dia bagi satu idea yg i rase interesting ..tajuk dia of course mcm tajuk entry i arni - money or love, which one is more important-...

     Pendapat peribadi i, i rase money or love sama penting.  ok lets say kite cakap cinta itu penting..kite takleh hidup semata2 dengan cinta..kalo kite takde duit, boleh ke kite teruskan hidup??? ih..ih..ih..taklehkan..cume bezanya disini macamane kite nak corakkan cinta dan duit itu.. kadang2 ade orang yang tgk poket tebal baru la dia boleh bagi cinta dia.(cinta sejati ke tue???)huhuhu...biasala...i bagi contoh yang paling senang..lelaki..lelaki kebiasaaanye mencari perempuan cantik utk dijadikan teman or isteri, so perempuan perlu cari lelaki yg kukuh sudut kewangan utk dijadikan suami. kat situ kite dah nampak money and love saling related.

     Sebagai perempuan, i rase kite tak perlu cari lelaki yang terlalu kaya sangat pun, cukup sekadar dia ade keje tetap, utk sara kite insyallah..kadang2 lelaki yg kacak bergaya lagi mewah ni dahi licin,hidung mancung, bibir tebal:p xdela i gurau..maksudnye diaorg ni wat perempuan macam berganti pakaian, yola dia ade semua, bolehla wat ape je..baby xsuke tau:p...not in my list la lelaki macam nie.

     Bile i tanye kawan2 perempuan , majoriti akan bg jawapan love/cinta is more important, biasalah perempuan ni terkenal dengan jiwa sentimentalnya ...most woman in da world hendakkan lelaki yg bertanggungjawab, setia,  dan cintakan kita seadanya..duit??? setuju tak kalo i cakap perempuan skrg kdg2 duit gaji dia lagi tinggi dari lelaki2 yg dijadikan pakwe itu..lagi2 perempuan di Malaysia ni ramai yg berjawatan tinggi..statistik pn dah tunjuk dkt universiti pun dipenuhi dgn perempuan..gurlzzz power betul la kan...but still i tak nafikan duit juga memainkan peranan penting dalam kehidupan..lagila sekarang ni banyak kes cerai sebab duit, sbb lelaki tak leh bagi ape yang diinginkan perempuan, pastu tuntut harta sepencarian..ish mcm2 lagikan...i pun tak de penglaman bab kawin2 ni, so tak berani nak cakap lebih la...

     Tapi laen bagi lelaki, dia akan cari duit banyak2 dulu kumpul harta barula dia pk pasal kawin...itu bagi lelaki yg tinggi kesedaran tanggungjawabnye la...yela, kdg2 bercinta bagai nak rak tapi at last kawin ngn org laen jugak kan..tak pandai teman nak kabo yob...hehehe...lelaki nie kite takleh pakse, bile dia rase dah tibe masenye dia akan cakap will u marry me??? iye ke..ahaks:p ikut pengalaman tgk kt tv ngn bace novel la..pengalaman real xde lagi:p..


     Okla, nanti makin banyak lak i membebel..sebenarnye ni pendapat masing2la,,sama ade money or love lagi penting...ataupun kedua-duanya sama penting..tepuk dada tanya iman:)..


* tazkirah utk hari ini:
- cinta tak beerti menyintai, menyintai tak beerti abadi, abadi hanya milik Allah s.w.t.
- antara cinta dan cita-cita, pilihla cita-cita kerana dalam cita-cita adanya cinta...('',)




Tuesday 12 April 2011

Luahan Hati Seorang Yang Bernama Norhuda Hassan

Entah kenapa tiba2 harini hatiku terasa sayu mengenang kembali perjalanan hidupku selama 24 tahun ini. lalu aku menaip segala isi hati di depan pc. ini hanyalah sekadar nukilan kecil yang datangnya dari hati aku sendiri.

Aku menangis seorang diri,
Aku ketawa bersama teman,
Apa yang akan terjadi dalam hidupku nanti,
Kuserahkan segalanya kepada Tuhan

Andai aku punyai waktu,
Akan aku perbaiki segala dosa-dosa
Andai waktu memanggil aku,
Aku berharap akan tersenyum di hujung nyawa

Aku taktau apa yang kurasakan di kala ini
Hanya cinta padamu yang kekal abadi
Malamkan berakhir harikan berganti
Ya allah ampunkan hambamu ini

Aku hanya insan biasa
Yang tak lari dari melakukan dosa
Hati lupa kadang2 terlena
Dibuai indahnya dunia yg hanya sementara

Coretan ku kali ini luhur dari hati,
Sebelum waktu itu terhenti
Sebelum detik tak akan kembali
Inilah luahan yg dapat ku abadikan utk diri ini